welcome to my blog... :)




Saturday, December 25, 2010

Cerpen mencari keje...

 Pada suatu hari, hanis hendak pergi mencari kerja di sebuah bandar yang metropolitan la sangat... Lalu, hanis pun menye'start'kan vespa kesayangannya yang agak laju daripada kawasaki ninja itu dan menunggangnya dengan pantas bersama seorang rakannye yang bernama Mat ke sebuah hotel yang diberi nama tuuttt ( nama terpaksa dirahsiakan).. Selepas itu, dgn langkah yang berani, Hanis dan Mat masuk ke dalam hotel tersebut untuk mintak kerja tanpa segan silu lagi...

 Apabila tiba di kaunter hotel tersebut.... "kak, ada kerja kosong tak kat sini??" kata Mat kepada akak penjaga kaunter yg agak cute tu.. "ha, ambik borang ni pastu isi" balas akak tu.. "tapi borang ni ada satu je, pandai2 la korang fotostat ek" kata akak tu lagi smbil tersengih... Pabila mereka mendapat borang tu, cepat2 mereka pergi cari tmpat utk fotostat sekeping lg.. Maka lesap lah sepuluh sen dari poket Hanis.. Lepas 2, 3... ehem ehem, selepas itu, mereka dengan sepantas kilat berlari pergi ke hotel tersebut untuk menghantar borang tersebut..

  Selepas borang dihantar, akak tu menyuruh mereka tunggu untuk di'interview' oleh pengurus besar hotel tersebut.. Akan tetapi pengurus tu sedang bermesyuarat dengan sorang laki cina ntah sape ntah.. mereka dapat merasakan aura interview tu tak ada sebab dah brape lame tak habis2 mesyuaratnye, tapi akak tu sruh tunggu jugak... Akhirnye mereka terpaksa tunggu juga pengurus tu habis mesyuarat dengan muka yang redha. kerana sesangat nak kerje...

   Selepas sejam setengah menunggu, "Emm, korang balik la dulu ek. Datang balik esok lah" kata akak tu dengan selamba...Lepas tu Hanis berkata" owh, ok la kalau cam tu." walau pun dalam hatinye berkata begini  "WTF, cikadak tol. Lame nk mampos tunggu last2 suruh balik tuttutututt (carutan terpaksa disensor atas sebab2 tertentu)"...

   Keesokan harinye.. "wei Mat, ko cepat sikit siap tu.. aku nak pegi kat hotel tu dah ni"kata Hanis kepada Mat melalui Iphone 4 china miliknya.. "ok2, aku da siap ni.. jemput la aku" balas Mat.. Sesampainye mereka di hotel, mereka teros duduk di sofa empuk yang disediakan di situ dengan selambanye.. Beberapa minit kemudian.."masuk la kat pejabat tu, tapi sorang2 la ek.."kata kakak yang menjaga kaunter tu kepada mereka.. Lalu dengan langkah yang berani Mat masuk terlebih dahulu ke dalam pejabat kerana dia menyangka sesiapa yang masok dahulu kemungkinan besar untuk kerja ialah tinggi..

   Tidak berapa lama kemudian, Mat keluar dengan muka yang amat frust lebih kurang seperti muka orang yang sembelit gayanya..Selepas Mat keluar, Hanis tros msok ke dalam pejabat tersebut tanpa mempedulikan rakannya lagi.. Tibanya di pejabat, Hanis teros berjumpa dengan pengurus tersebut yang bernama (aku da lupe nama dia).. Dan dia teros duduk di hadapan pengurus tu..Tidak berapa lama kemudia baru lah Hanis tahu kenapa muka Mat tu seperti orang sembelit... ini kerana hotel tersebut tidak menawarkan lg kerja kepada mereka sebaliknya pengurus tu ckp nk ambik pompuan je dulu.. Hal ini membuatkan muka Hanis juga menjadi seperti muka Mat tadi..

   "hampeh tol la, wat abis minyak motor aku je cari keje..."kata Hanis kepada Mat.. Dan sekali lagi dia mencarut di dalam hati.. The End


lebih kurang camni la muke Hanis da Mat bile kuat dari pejabat tu





ni plak kemungkinan muka diorang kalau dapat keje tu..
                                                     
                                                                










p/s: aku saje je post mengarut ni walaupon cite tu ad yang betol gak... hohoho :p
Thanks For Reading :)

2 comments: