Kau tau tak, malam selepas kau buat macam tu kat aku, aku ni nak menangis kau tau? Tak tau kan? Mesti kau ingat aku buat biasa je sebab aku ni lelaki kan? Aku memang frust menonggeng lepas kau buat tu. Tapi aku tahan je menangis sebab maybe kau saje bergurau dan call aku semula, tapi rupanya kau tak bergurau pon. Lepas tu kau takde pon nak mintak maaf dari aku.
Kau tau tak, aku selalu maki kau dalam status facebook aku. Tapi sebenarnye aku masih menaruh harapan dekat kau sebab kau la perempuan pertama yang aku "couple". Aku selalu tunggu mesej kau untuk mintak maaf, tapi tak pernah pon kau nak hantar. Kau tak tau kan? Hari-hari aku teringat dekat kau. Aku ingatkan bila aku maki dalam status aku tu, dapat la aku buat diri aku ni benci dekat kau, tapi tak dapat jugak.
Kau tau tak, bile aku terpandang muka kau aku rasa sedih sebab aku teringatkan mase kita "couple" walaupon kau tak pernah anggap aku bf kau tapi reaksi kau mase dulu macam kita dah couple. Sebab tu, aku selalu diam dan bla jauh dari kau bila kau ade dekat situ. Aku selalu nak buat kau tak wujud kat situ, tapi hakikatnye dalam hati aku selalu ada kau. Aku diamkan diri sebab malu dan takut nak tegur kau. Aku tak paham kenape la aku jadi macam ni. Kau tak tau bila dalam kelas aku selalu curi-curi pandang kau. Aku bertambah sakit hati, tapi tetap tak dapat lupakan kau.
Aku harap dapat berbaik semula dengan kau. Tu je yang aku nak, tapi kau tak pernah mintak maaf dari aku kan? Aku masih tak tau kenape la kau buat macam tu kat aku. Maybe aku ni annoying bagi kau kot. Tu jela aku nak taip. Malas panjang-panjang, nanti orang yang baca ni bosan pulak.
p/s: Etry ni betul-betul ikhlas dari hati aku, sumpah tak tipu. Maaf la aku terjiwang pulak kali ni.
p/s lagi: kalau korang tak paham lantak korang lah, janji hati aku lega dapat luahkan mende ni. :P
lagi-lagi p/s: lagu ni memang sesuai dengan keadaan aku. lalala
ala , sabar jelah weyy . itulah dikatakan lumrah kehidupan dalam bercinta #ececehh .
ReplyDeleteceh, ni yang aku tak dapat terima hakikat bile junior beri nasihat kat senior ni. hahaha
ReplyDeleteKesian kau. Serius weh -.-)"
ReplyDeleteaku serius la ni. -.-'
ReplyDelete