Halloww, dah lame gua tak update blog gua ni. Bila bukak je terus segala binatang liar lari berciciran apabila ternampak tuan punye blog tiba. Gua seolah-olah kaget melihat blog gua. Dah la binatang liar berlambak, semak pon semakin banyak di blog gua. Dimanakah tukang cuci yang gua upah untuk bersihkan blog gua? Adakah beliau mogok sebab gua tak bayar gaji? Ahh, pedulikan dia. Nampaknya terpaksa la gua membersihkan blog seorang diri. Ape lah nasib..
Selepas gua siap bersihkan blog gua, tiba-tiba, satu cahaya keluar dari blog gua lalu gua dapat melihat perubahan dashboard blog gua. Gua menjadi semakin pening. Gua tak tau ape yang nak dibuat. Gua pasrah dengan keadaan ni. Ape dah jadi dengan blog ni? Dah semakin upgrade pulak. Setahu gua, blog gua tak naik level lagi nak upgrade ni. Semua ni terlalu canggih untuk gua. Gua dah terbiasa dengan zaman blog kuno. Ni la akibatnye tak bukak blog lame nak mampos.
|
Reaksi gua selepas bukak blog |
Korang sendiri tengok la gambar kat atas ni, macam ni la reaksi muka gua lepas tengok perubahan kat blog ni. Pergh, nak tekan pape pon kekok tadi. Last-last, gua bantai je tekan semua mende. Nasib baik tak berubah terus blog gua ni. Sebenarnye gua banyak mengarut sebelum ni nak cerita pasal perubahan kat blog je. Walaupun gua tau gua dah lambat bagitau korang yang blog dah berubah, tapi gua peduli ape. Gua dah berzaman tak bukak blog, bile bukak je terus berubah. Gua ter'culture-shock' dekat blog ni kejap tadi. Semua mende nak tekan. Hehe. Sekian...
|
Jangan marah ek sebab gua mengarut. wink-wink |
Thanks For Reading :)
No comments:
Post a Comment