welcome to my blog... :)




Monday, December 19, 2011

Habis sem 1!

                                   Nampak tak happy gila muka gorilla ni. Sama la happynye aku.


Akhirnye setelah sekian lama menunggu, waktu yang di nanti-nanti telah tiba iaitu cuti semesta! Hoho. Maybe korang akan cakap apehal kecoh sangat mamat ni, cuti sem pon nak bangge, orang lain cuti sekolah ok je. Eleh, lantak aku le, aku memang suka kecoh-kecoh. :P


  Semasa sem 1, aku duduk kat dalam asrama Hi Tech 2. Banyak kenangan pahit manis yang aku ade kat sini. Waktu paling best duduk dalam asrama ni mase aku lepak dengan member-member sambil main gitar. Korang akan rasa mende ni biasa, tapi aku tak tau la kenapa aku rasa best je. Layan kot.. Dalam Hi Tech 2 ni la aku dapat kawan-kawan baru, daripada tak pernah bertegur boleh jadi kawan, yang dah jadi kawan pon boleh jadi musuh. Nanti aku update pulak macam mane kawan boleh jadi musuh ni.

  Pagi tadi (23.11.2011) aku dah habis exam aku. Last paper aku fundamentals of tourism and hospitality. Soalan dia, ya Allah, payahnye la. Kemungkinan dalam 70% aku bantai je. Ni la akibatnye kalau study last minutes, ape pon tak jadi. Lepas habis exam, aku dengan budak kelas aku kene pergi ukur baju kitchen. Tau baju kitchen tu ape? Tak tau? Ala, korang pernah tengok tak rancangan memasak yang chef dia pakai baju warne putih tu? Tu la baju kitchen. haha

  Lepas dah settle segala mende dan siap makan, mak dengan ayah roomate aku datang untuk jemput dia. Sekarang tinggal la aku sorang-sorang dalam bilik ni sebab aku balik keesokkan harinye. Tu la, gatal sangat nak balik lambat sape suruh, kan dah mendapat tu. Sekarang ni rase sedih pon ade jugak nak pergi dari poli ni, tapi rasa gembira melebihi 80% la. sebab aku tak sabar nak jumpa family aku, motor aku, kawan-kawan aku dengan kucing aku. hoho

  Ok la, kali ni entry aku entah pape la. =.=".. Pi lantak la. Aku nak tunjuk sekali video main gitar yang sempat dirakam oleh kawan aku, walaupon banyak lagi video yang ada.



ni lagu another you. banyak jugak la kecacatan mase kitorang main. haha

*dah masuk sem 2 baru aku ingat nak publish entry ni. -.-'
Thanks For Reading :)

4 comments: