welcome to my blog... :)




Tuesday, October 11, 2011

kisah seram gua..


  Kali ni gua nak ceritakan pada korang tentang kejadian seram yang terjadi kepada gua. Gua nasihatkan kepada orang yang lemah semangat, sakit jantung, wanita mengandung agar tidak meneruskan bacaan korang ni. Kalau korang dapat nightmare yang seram tahap dewa gua taknak bertanggung jawab nanti. Macam ni kisahnya....

  Pada suatu malam yang dingin, hujan turun rintik-rintik, gua yang kebosanan duduk di bilik asrama seorang diri kerana roommate gua balik ke rumahnya. Gua yang kebosanan tahap gaban terus pergi mengambil air untuk masak meggi. Semasa gua sedang leka mengisi air di bilik basuhan, gua ada terhidu satu bau yang meloyakan anak tekak gua. Gua terus melangkah pergi dari bilik basuhan tu dengan cepat tanpa memikirkan tentang bau tersebut.

  Selepas gua makan meggi yang telah siap dimasak, gua berasa malas nak basuh mangkuk gua sebab taknak pergi ke bilik basuhan tu malam-malam ni. Seram jugak gua rasa tetiba je ada bau busuk. Gua pon terus tarik selimut dan berdengkor dengan enaknya. Sedang gua dibuai mimpi yang indah, tiba-tiba, gua berasa sesuatu yang tak kena dengan perut gua. "ehh, siot la. Malam-malam macam ni baru rasa sakit perut. Kenapa la perut ni tak sakit esok je. Kang gua tahan b*r*k ni, gua jugak yang merana" kata gua sendirian.

  Gua pon terus bergegas ke jamban @ tandas untuk melepaskan hajat gua ni. Apabila gua sampai kawasan tandas, gua sekali lagi terhidu bau yang sama gua hidu semasa gua ambil air tadi. Bulu roma gua terus meremang seperti askar yang tegak berdiri. Orang cakap kalau ada bau yang tak menyenangkan dan bulu roma meremang maknanya ada sesuatu di situ. Gua yang dah sakit perut gila baby ni pon buat-buat berani mencari punca bau tersebut. Alang-alang gua terjumpa benda yang orang lain taknak jumpa benda tu boleh jugak la gua terb*r*k dalam seluar ni. Daripada gua terus menahan dan menyiksa diri gua.

  Gua pon merayau di kawasan tandas tersebut untuk mencari punca bau tersebut. Tiba-tiba, gua ternampak sesuatu amat menakutkan bagi umat manusia lihat. Gua hampir termuntah di situ kerana baunya semakin kuat. Lalu gua berkata, " Cis, sape la tak pam tandas lepas b*r*k ni?! Bau dah macam apa ntah. Buat rugi je bulu roma gua meremang!". Gua pon terus pam tandas tersebut dan meneruskan hajat gua sambil mencarut dalam bahasa yang gua sendiri tak fahami. The end.

nota kaki berbulu: dah lepas guna tandas tu pam la. bukan susah pon. haih
Thanks For Reading :)

2 comments:

  1. sengal . aku ingat betul lah tadi :p

    ReplyDelete
  2. hahaha, padan muka kau. siapa suruh kau percaya. :P

    ReplyDelete